Sabtu, 23 Maret 2013

… “RAHASIA SURAH AL-KAUTSAR” … **


Surah ini paling pendek, hanya
mengandungi 3 ayat &
diturunkan di Makkah dan berasal
dari sungai di syurga, Kolam
sungai ini diperbuat dari batu
permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada
madu, warnanya pula lebih putih
daripada susu dan lebih wangi
daripada kasturi..

Surah ini diturunkan sebagai
surah penghibur hati Nabi
Muhammad s.a.w. kerana
diturunkan ketika baginda
bersedih atas kematian 2 orang
yang dikasihi iaitu anak lelakinya
Ibrahim dan bapa saudaranya
Abu Talib..

Berbagai khasiat terkandung di
dalam surah ini dan boleh kita
amalkan:

1) Baca surah ini ketika hujan dan
berdoa, mudah-mudahan Allah
s.w.t. makbulkan doa kita..

2) Jika kita kehausan dan tiada
air, bacalah surah ini dan gosok di
leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti
berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan
surah ini sebanyak 10x pada
mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena
sihir, baca surah ini 10x, mudah-
mudahan Allah s.w.t. Memberikan
ilham pada kita dimana letaknya
sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki
kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita
akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan
terpenjara membacanya sebanyak
71x, Allah s.w.t. akan memberikan
bantuan kepadanya kerana dia
tidak bersalah tetapi dizalimi.

♥ Semoga Bermanfaat.. ^_^

Tidak ada komentar:

Posting Komentar